AEEN'S CAKES
Thursday, October 27, 2011
Wednesday, October 26, 2011
Monday, October 24, 2011
Thursday, October 20, 2011
Resepi Kek Coklat Kukus
Resepi kek kukus ni asalnya pemberian dari kakak sulung. Lepas tu saya berikan pada kawan2 yang nak mencuba kek yang sedap dan moist ni. Akhirnya kek kukus coklat ni popular dgn nama kek coklat Bebop. Ok, pada sesiapa yang nak mencuba, dipersilakan. Confirm tak menyesal punye.
Bahan:
375 gm butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan koko
1 s/t esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
* ayak semua bahan kering
Cara: Cairkan butter, masukkan susu cair dan gula. Masak hingga gula larut. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan kering yang sudah diayak. Masukkan bahan yang dimasak tadi berselang seli dgn bahan tepung. Kaup balik hingga rata. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Tutup loyang dengan foil untuk elakkan air wap.
Resepi Kek Kelapa
Terimakasih pada wheelsondbus.blogspot.com untuk resepi kek kelapa ni. Cuma saya kurangkan sukatan gula sebab terlalu manis untuk saya.
Resepi:
2 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan tepung naik sendiri
sedikit esen vanila
1 1/2 cawan kelapa parut putih (bahagikan kepada 3 warna pilihan)
Cara:
Pukul telur dan gula hinggan kembang dan gebu. Masukkan tepung dan esen vanila, gaul rata.
Masukkan kelapa yg sudah diwarnakan, gaul sebati. Bakar selama 40 minit. Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)