Resepi kek kukus ni asalnya pemberian dari kakak sulung. Lepas tu saya berikan pada kawan2 yang nak mencuba kek yang sedap dan moist ni. Akhirnya kek kukus coklat ni popular dgn nama kek coklat Bebop. Ok, pada sesiapa yang nak mencuba, dipersilakan. Confirm tak menyesal punye.
Bahan:
375 gm butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan koko
1 s/t esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
* ayak semua bahan kering
Cara: Cairkan butter, masukkan susu cair dan gula. Masak hingga gula larut. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan kering yang sudah diayak. Masukkan bahan yang dimasak tadi berselang seli dgn bahan tepung. Kaup balik hingga rata. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Tutup loyang dengan foil untuk elakkan air wap.
No comments:
Post a Comment