Bahan:
300 gm tepung gandum
150 gm gula castor
150 gm brown sugar
4 biji telur
2 cawan carrot yg diparut
2 cawan minyak jagung
1 s/t soda bikarbonat
1/2 cawan walnut (dipanggang)
1/2 cawan kismis (rendam dgn air panas)
Bahan untuk krim:
250 gm cream cheese
20 gm butter
80 gm gula icing (diayak)
sedikit jus lemon
Cara:
Masukkan minyak, gula castor, brown sugar dan telur. Pukul bahan tadi hingga sebati. Masukkan walnut, kismis dan carrot yg sudah diparut. Gaul rata, kemudian masukkan tepung yg sudah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul lagi hingga sebati. Masukkan dalam loyang yg sudah dialas kertas. Bakar selama 40-45 minit. Bila masak keluarkan, sejukkan.
Untuk krim pula, satukan semua bahan tadi, pukul hingga gebu. Sapu atas kek.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment