AEEN'S CAKES

Wednesday, November 30, 2011

Resepi cream puff



Resepi cream puff ni saya dapat dari http://teratakibu.blogspot.com Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi puff yg lembut dan gebu walaupun dah sejuk.



Bahan untuk pastry:

170 gm tepung gandum
1 s/t baking powder
115 gm butter
285 ml air
5 biji telur


Panaskan oven 180-200 cel. Ayak tepung dan baking powder. Masuk butter dalam periuk bersama air, didihkan. Masuk tepung. Kacau rata hingga tidak melekat. Alihkan doh kedalam mangkuk lain dan sejukkan. Kemudian baru masukkan telur satu persatu sambil pukul dgn mixer hingga adunan berkilat. Paip kedalam dulan pembakar dan bakar selama 25-30 minit.

Untuk bahan kastad pulak saya buat yang simple je, tak ikut resepi yg diberi.

1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 1/2 cawan tepung kastad
Gula secukup rasa

Didihkan semua bahan kecuali tepung kastad. Bila didih baru masuk tepung kastad yang dibancuh dgn sedikit air. Kacau sentiasa hingga pekat. Sejukkan.

Kek hantaran - 1/12/2011












Kek hantaran kawin tempahan dari PRO untuk salah seorang staff yang akan melangsungkan perkahwinannya esok. Deco yang simple je, harap pengantin suka ye. Thank u.
















Triffle - 1/12/2011






Triffle tempahan dari Syikin jugak. Sori ek syikin sebab rupa paras triffle ni tak cantik mcm yang diharapkan. Tak tau lah apa silapnya, kek tu timbul pulak. So jadi tak cantik la sebab kastad tu mcm pecah je rupe nya. Tapi apa2 pun, rasa tetap meletoppsss...hehehe. Puji diri sendiri ni. Thank ye Syikin.




Chocolate cheese brownies








Chocolate cheese brownies tempahan dari Syikin untuk makan2 Thanks for your order.






Tuesday, November 29, 2011

Cream puff lagi




Saja2 buat cream puff ni lagi sebab anak2 suka makan. Selebihnya bawak datang ofis, jamu kenkawan makan.


Monday, November 28, 2011

Homemade ice cream










Yang ni pun first time cuba. Nampaknya cubaan pertama ni tidak menghampakan. Anak2 semua excited nak rasa ice cream buatan mama dia nih... Yg ni perisa vanila dan strawberry.. Next time leh cuba lain2 perisa pulak.







Cream Puff










Cream puff ni kira first time buat. Actually dah lama nak try, tapi asik takde masa je. Kebetulan weekend baru ni kawan mintak aku buatkan, so google je lah, cari resepi cream puff ni. Seronoknya bila first time cuba, menjadi...lembut dan gebu.






Kek hantaran fondant












Ni lagi tempahan kek hantaran dengan tema warna turqoise. Kali ni deco ngan fondant icing. Dalam tu kek chocolate jugak.










Moist chocolate cake




Moist chocolate cake tempahan dari kawan rapat. Saja untuk makan2 katanya. Thanks for your order.



Kek Ben10 lagi











Tempahan dari orang yg sama. Hari tu tak cukup katanya. Kali ni deco simple je, mcm dah takde idea nak deco cake...huhu







Kek hantaran turqoise & pink









Kek hantaran tempahan dari Sue. Dalam tu moist chocolate cake, deco dgn butter cream dan hias dengan bunga2 gum paste. Minggu ni banyak tempahan kek hantaran tema warna turqoise. Terima kasih ye atas tempahan tu.





Thursday, November 24, 2011

Apam dot dot dot










500 biji Apam dot dot tempahan dari Syikin untuk majlis perkahwinan adik lelakinya. Thank u ye..








Monday, November 21, 2011

chocolate cupcake



























Cupcake chocolate dengan pelbagai deco tempahan dari Mdm. Zaleha untuk students. Thank u for your order.