AEEN'S CAKES

Wednesday, November 30, 2011

Resepi cream puff



Resepi cream puff ni saya dapat dari http://teratakibu.blogspot.com Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi puff yg lembut dan gebu walaupun dah sejuk.



Bahan untuk pastry:

170 gm tepung gandum
1 s/t baking powder
115 gm butter
285 ml air
5 biji telur


Panaskan oven 180-200 cel. Ayak tepung dan baking powder. Masuk butter dalam periuk bersama air, didihkan. Masuk tepung. Kacau rata hingga tidak melekat. Alihkan doh kedalam mangkuk lain dan sejukkan. Kemudian baru masukkan telur satu persatu sambil pukul dgn mixer hingga adunan berkilat. Paip kedalam dulan pembakar dan bakar selama 25-30 minit.

Untuk bahan kastad pulak saya buat yang simple je, tak ikut resepi yg diberi.

1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 1/2 cawan tepung kastad
Gula secukup rasa

Didihkan semua bahan kecuali tepung kastad. Bila didih baru masuk tepung kastad yang dibancuh dgn sedikit air. Kacau sentiasa hingga pekat. Sejukkan.

No comments:

Post a Comment