AEEN'S CAKES

Monday, December 26, 2011

3-tier wedding cake












3-tier wedding cake tema brown/cream ni ditempah oleh Pn. Sarimah dari Keramat. Dia request butter cake perisa pandan dan topping ngan butter cream. Harap customer suka dgn kek ni ye. Thanks for your order.








Green Velvet cake @ Red velvet








Kek ni ditempah oleh Hjh. Sabariah sempena majlis pernikahan anak perempuannya. Kak Yah kata nak yg simple je tapi dia tak nak kaler merah. Dia request warna hijau lumut. So, kena lah try bancuh2 kaler tu supaya jadi macam yg kak yah mintak tu. Masa adun tu, nampak ok warnanya, tapi bile dah bakar, jadi gelap pulak nampak mcm kek coklat pun ada..huhu. Tapi harap2 kak yah tak kisah ye dgn warna yg tak berapa nak menjadi tu. Yang penting rasanya tetap mantop..tak gitu kak yah?






Thursday, December 22, 2011

Black Forest cake









Black Forest cake tempahan dari Syikin untuk birthday kawan baiknya. Terimakasih ye Syikin sebab selalu order ngan akak.





Carrot walnut cupcake









Carrot & walnut cupcake ditempah oleh seorang teman lama. Thank u ye...





Chocolate cupcake














Chocolate cupcake tempahan dari Aishah, Bukit Antarabangsa. Thanks for your order












Tuesday, December 20, 2011

Chocolate & Vanila cupcake
















30 biji chocolate dan vanila cupcake tempahan dari Faridah. Thank u for your order.














Wednesday, December 14, 2011

Red Velvet cake lagi






Red velvet cake untuk birthday tempahan dari Arina








Red velvet cupcake tempahan dari seorang kawan.










Monday, December 12, 2011

Resepi Red Velvet cake



Resepi Red Velvet ni aku dapat dari blog http://dapurcomelku.blogspot.com Pada sesiapa yang ingin mencuba boleh salin resepi kat bawah ni. Memang wajib cuba sebab rasanya yang cukup sedap dan moist.


Bahan:


250 gm tepung kek *

1/2 s/t garam*

2 sudu besar koko* (Bahan bertanda * untuk diayak bersama)

113 gram butter

300 gram gula castor

2 biji telur gred A

1 s/t esen vanila

240 ml buttermilk - atau kalau takde boleh guna 1 cawan fresh milk campur dgn 1 s/b cuka

pewarna merah

1 s/t soda bikarbonat

1 s/t cuka makan



Caranya:


Pukul butter smpi kembang, masukkan gula castor. Kemudian masukkan telur satu persatu, pukul sebati, masukkan esen vanila. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk tadi. Kaup balik hingga sebati, akhir sekali campurkan soda bikarbonat dgn cuka, tuang kedalam adunan tadi. Kaup balik hingga rata dan tuang ke dalam 2 bekas saiz 8 inci. Bakar hingga masak.


Bahan untuk topping:


227 gm cream cheese

227 gm mascarpone cheese

115 gm gula icing

1 1/2 cawan whipping cream


Pukul semua bahan hingga gebu dan sapu pada kek

Red Velvet lagi dan lagi dan lagi..






Permintaan tinggi untuk kek red velvet ni. Anak2 pun suka ngan kek ni. Selalunya bila buat kek yang biasa2, diaorang tak berapa nak makan, tapi bile cuba buat kek ni, untuk pertama kalinya, tak sampai setengah hari, dah clear kek sebijik. Dalam 1-2 minggu ni asik ulang buat red velvet yang sememangnya tak jemu dipandang dan tak jemu dijamah...hehe. Jangan kata adik beradik dan anak2, customer pun dah semakin ramai yang buat tempahan untuk kek ni. Yang tukang buat ni pun tak jemu2 lagi merasa kek red velvet yang menawan kalbu ni...